PUNCA BULI


    KOLEJ VOKASIONAL MATANG

KOSMETOLOGI SEM 2

                  FUN IT

                       2017

NAMA PENYARAH : NUR IZYAN BT RAZALI

NAMA PELAJAR :ASHAFERA BENJAMIN

TAJUK : BULI


















ISI KANDUGAN


BIL

PERKARA

M/S

1.

PENDAHULUAN

1

2.

PUNCA BULI

2-4

3.

KESAN NEGATIF

5

4.

CARA-CARA MENANGANI BULI

6-8

5.

KESIMPULAN

9

6.

RUJUKAN

10

7.

LAMPIRAN

11
















PENDAHULUAN


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
























ISI PUNCA BULI
Lewat kebelakangan ini, kes buli sering dilaporkan melalui media massa. Masalah ini bukanlah gejala baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin melampau kebelakangan ini sehingga menyebabkan kematian.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasannya orang yang lemah, dengan tujuaan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah iaitu prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa hanya keseorangan mempertahankan diri. Beberapa punca telah dikenal pasti telah menyumbang kepada permasalahan ini.

















Punca pertama gejala buli semakin berluluasa di negara kita adalah kurangnya didikan agama. Negara yang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehinnga tiada masa untuk mendidik anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya  sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka.Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.

Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau-lampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.

Gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.

Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga telah menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara-negara barat berunsurkan aksi-aksi ganas. Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal mereka perolehi.


Sebelum masalah ini menjadi semakin serius, langkah-langkah mengatasi perlu diambil dengan efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan ank mereka tidak terlibat. Kita juga perlu memikir nasib mangsa buli kerana mereka bukan saja mendapat kecederaan fizikal malah turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segara bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan sekaligus menjamin kesejahteraan negara.



















KESAN NEGATIF

Secara emosi,mangsa seringkali berasa takut dan bimbang ketika berada di sekolah.jadi,ini akanmenyukarkan mereka untuk melinatkan diri dalam proses pembelajaran.Disebabkan ketakuatan , mangsa takut untuk ke sekolah dan akan mengakibatkan mereka keciciran.Mereka turut bertindak membunuh diri supaya dapat menghentikan kesengsaraan yang dialami oleh mereka.Secara sosial,mereka sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya mereka.hal ini kerana,mereka berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain dan bersosial. Perbuatan buli memberi kesan kepada Negara.Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut dan ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku.Banyak wang akan dikeluarkan oleh kerajaan melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang diperuntukkan terlalu besar,jadi Negara menjadi mundur.





















CARA - CARA MENANGANI BULI
Dari semasa ke semasa, terdapat kes buli fizikal ekstrem yang berlaku di kalangan pelajar sekolah yang mendapat perhatian media.Kes ekstrem ini menyebabkan percubaan membunuh diri, kecederaan parah dan juga kematian.Contoh-contoh buli fizikal ialah menolak, menampar, memukul atau memeras ugut. Dalam beberapa kes yang pernah dilaporkan, ia bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan.Dalam kajian yang pernah penulis lakukan ke atas 2,600 orang pelajar dari 26 sekolah menengah dari dua buah negeri, didapati mereka yang melaporkan terlibat dengan kegiatan membuli (fizikal dan psikologi) adalah tinggi.Menurut Profesor Olweus dari Bergen University, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius.
Terdapat pelbagai sebab kenapa pelajar membuli. Sebahagian besar daripada pembuli mengatakan mereka membuli pelajar lain kerana seronok-seronok.

Malah ada pembuli yang bangga menyatakan dia ketua buli di sekolahnya!Ada pembuli menyatakan mangsa memang patut dibuli dan yang lain pula menyatakan mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. Sebab mereka membuli ialah kerana marah atau benci kepada mangsa.Pelajar baru di sekolah adalah individu yang selalu menjadi mangsa buli. Pelajar yang disayangi guru tidak akan digemari rakan.Bagi kes buli fizikal, mereka yang berbadan kecil menjadi mangsa. Tidak mahu berkongsi alat tulis atau memberi idea untuk membuat kerja rumah turut menjadi sebab membuli.









Bagi pelajar asrama pula, bentuk buli juga berlaku dengan meminta mangsa membasuh baju mereka, mencuci tandas atau mengambil makanan dari kantin. Mereka yang lebih gemar bercakap dalam bahasa Inggeris turut tidak disenangi.
BerlainanApa yang dapat disimpulkan di sini ialah mereka yang menjadi mangsa ialah pelajar yang tidak disukai kerana mereka berlainan daripada pelajar majoriti.
Apabila ditanya kepada pihak sekolah seperti guru kaunseling, guru disiplin atau pengetua, pelajar yang menjadi pembuli tidak berminat dengan pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.Dari segi latar belakang keluarga, pembuli dikatakan datang dari keluarga yang bermasalah, tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa atau terlalu dimanja. Pihak sekolah juga menyedari pelajar baru
turut menjadi sasaran.Untuk menangani masalah buli, sekolah perlu mengakui bahawa masalah ini wujud dan ia menyakitkan pelajar.

Mangsa tidak akan mengadu kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mereka tahu cerita mereka tidak akan dipercayai dan mereka tidak dijamin perlindungan.Terdapat empat peringkat untuk menangani masalah buli.Peringkat pertama ialah tahap sekolah, kedua tahap kelas dan ketiga tahap individu.Bagi peringkat sekolah, langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia.Kedua, sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli.

Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli dan talian telefon atau alamat e-mel untuk melaporkan insiden buli.Mereka yang boleh membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.Ketiga, satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk.Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.Keempat, perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.Bagi peringkat kelas pula, satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli perlu dibentuk. Peraturan tersebut hendaklah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan apa pula hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.Setiap pelajar diberikan senarai peraturan tersebut dan mereka hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar.

Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan satu perjanjian tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.Dari semasa ke semasa, guru hendaklah membincang tentang isu buli dengan pelajar.Bagi peringkat individu, ia melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.Seterusnya, guru kaunseling boleh mengadakan sesi main peranan tingkah laku empatik atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan asertif pula perlu diadakan dengan mangsa.Sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan dengan serius tentang masalah buli dan cuba melaksanakan bagaimana hendak mengatasinya atau menghalangnya daripada berlaku.Kita tidak perlu menunggu kes ekstrem yang lain untuk berlaku sebelum kita berbuat sesuatu untuk memastikan kawasan sekolah selamat (psikologi dan fizikal) untuk anak-anak kita.
                         












KESIMPULAN

Natijahnya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Jika diteliti secara telus punca-punca berlakunya buli berlaku kerana sikap manusia itu sendiri yang kurang pegangan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca isu ini sukar utuk diselesaikan.Pengaruh media massa serta amalan dan polisi sekolah yang longgar juga menjadi punca kenapa isu ini terus berleluasa.

Masalah ini perlu dibasmi kerana buli akan memberi kesan buruk terutamaya kepada individu yang terlibat dengan buli. Antara kesannya ialah mangsa akan hilang keyakinan diri, tekanan perasaan serta kecederaan jangka panjang dan jangka pendek. Selain itu kesan bagi pembuli pula ialah memupuk sikap gangsterisme dalam diri pembuli itu sendiri.

Jadi, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Antaranya, memberi lebih autoriti kepada pihak berwajib untuk menangani masalah buli ini. Sebagai contoh guru, polis dan sebagainya. Selain itu kempen kesedaran tentang bahayanya buli juga perlu diberi penekanan. Selain itu, peranan ibu bapa dalam memerhatikan anak-anak turut perlu diberi perhatian.

Jika semua perkara ini dititikberatkan nescaya masalah buli ini dapat diatasi di Malaysia dan negara dapat membentuk satu masyarakat yang berkarisma dan berdisiplin .














RUJUKAN

https://www.google.com/search?safe=strict&ei=CwYNWrvoPI-avQS_86KIDw&q=kesimpulan+buli&oq=kesimpulan+&gs_l=psy-ab.1.2.35i39k1l2j0i67k1j0i203k1l7.3564.10429.0.13494.36.17.0.0.0.0.409.1812.2-2j3j1.7.0....0...1.1.64.psy-ab..30.6.2140.6..0j0i22i30k1j0i131k1.540.ZgxFJ3_1-gM
ttps://www.google.com/search?safe=strict&ei=i_4MWpb0PIvEvQTn56mgAQ&q=pendahukuan+gejalan+buli&oq=pendahukuan+gejalan+buli&gs_l=psy-ab.3..0i71k1l4.0.0.0.1043.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1..64.psy-ab..0.0.0....0.X9wklB_IUkk









































LAMPIRAN


  

 

Comments

  1. Lucky Club - Casino Site - Lucky Club
    Lucky Club is a new, online casino offering slots, table games, video poker, blackjack, bingo and live dealer table games. Play & win at luckyclub.live Lucky Club with over 600

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog